Saturday, October 18, 2014

Catatan buatmu teman.

Bismillah....Alhamdulillah.

Segala puji hanya bagi ALLAH tuhan yg mencipta sekian alam.

"Aku hanyalah hamba yg kerdil yg masih banyak kelemahan dan kesilapan yang perlu diperbetulkan." 

Dear Coretan.... kali ni teman nak share sedikit perkongsian tentang catatan sorg ustaz yg mana teman dapat catatan ni dari kawan teman, tersentuh hati teman bila menbaca berulang kali. So teman coretankan dalam blog ni agar teman dapat berkogsi dengan anda smua.


Bila usia semakin senja, hati mudah tersentuh. Tiba2 terasa airmata bergenang membaca catatan seorang ustaz.
Tulisnya:

Diriwayatkan bahawa : Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat2 mereka sewaktu di dunia, mereka pun bertanya kpd Allah:

"Ya Rabb, kami tdak melihat sahabat2 kami yg sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."
Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke neraka, lalu keluarkan sahabat2 mu yg di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah," (HR: Ibnul Mubarak dlm kitab 'Az-Zuhd').

Al-Hasan Al-Basri berkata:
"Perbanyaklah sahabat2 mukmin mu, kerana mereka memiliki syafa'at pd hari kiamat nanti,"

Ibnul Jauzi pernah berpesan kpd sahabat2nya sambil menangis :
"Jika kalian tidak menemukanku di syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kpd Allah tentang aku".

"Wahai Rabb kami...hambaMu sifulan, sewaktu di dunia selalu mengingatakan kami tentang ENGKAU , maka masukkanlah dia bersama kami di syurgaMU."



SAHABAT: 
Mudah2an dgn ini, aku telah mengingatkanmu tentang Alah agar aku dapat bersertamu kelak di syurga dgn redhaNya. Ya Allah, aku memohon kepadaMu kurniakan kpdku sahabat2 yg selalu mengajakku utk tunduk patuh dan taat kpd syariatMu. Oleh itu carilah seberapa ramai sahabat baik yg menunjukkan jalan2 ke syurga dan jalan2 kebaikan.

Pesan ku pd semua sahabatku yg membaca catatan ini ~ jangan lupa bertanya kpd Allah jika aku tiada di syurgaNya kelak. Jgn lupa kita saling ingat mengingati sesama kita di sana nanti agar sama2 dpt berada di syurga Allah.

Korang smua mesti sayu hati dan menitis air mata kan bila baca ni?. catatan seorg doa seorg kawan buat kawan.... blh terasa dlm hati keihklasan penulisan catatan ni...teman pun berharap agar teman pun dapat kawan yg mcm ni....in sha ALLAH....aamiin yra.
Teman sayang smua sahabat2 teman yang banyak memberi sokongan dan memahami seadanya teman...menerima teman dikala teman susah, dan tiada apa.
sayang korang till jannah...."lillahi ta'aala"...aamiin yra.


No comments: