Friday, December 7, 2012
RASA HATI DAN KATA HATIKU
ALLAH,
Nama yang paling sempurna,susunan huruf yang paling indah,ungkapan yang paling benar dan kalimat paling bernilai."Adakah engkau mengetahui sesiapa pun yang senama dan setanding dengan-nya" (maryam :65)
Terbukti DIAlah yang empunya kekayaan dan keabadian,kekuatan dan bantuan,kemuliaan,kekuasaan dan kebijaksanaan.(ketika itu allah berfirman) ; "siapakah yang menguasai kerajaan pada ari ini?? (allah sendiri menjawap) : "Dikuasai oleh ALLAH yang maha esa,lagi yang mengatasi kekuasaanya atas segala-galanya. (ghafir :16)
DIA lah empunya kelembutan dan bantuan,pemberian,kasih sayang dan ihsan "Apa jua nikmat yang ada pada kita adalah datangnya daripada ALLAH" Empunya kemegahan dan kemuliaan,kehebatan dan kegagahan.
Ya ALLAH,sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan dan padamkanlah bara di jiwa dengan air keimanan.
Oh tuhan,jadikanlah mata yang tidak mahu lelap merasa mengantuk yang memberi ketenangan daan letakkanlah di atas jiwa yang goncang ini kedamaian dan berilah balasan baginya dengan kejayaan yang sudah hampir...oh tuhan,halalkanlah kebingungan pandangan hati ku kepada nur cahayamu dan tindakan-tindakan ku yang keliru kepada jalanmu yang lurus dan palingkanlah orang-orang yang menyimpang dari jalanmu kepada hidayahmu
Ya ALLAH,lenyapkanlah perasaan was-was dengan fajar cahaya kebenaran dan hapuskanlah jiwa yang rosak dengan falak kebenaran dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuanmu dalam keadaan terhina.
YA ALLAH!!!
Apabila laut bergelombang,ombak menghempas dan angin bertuip kencang,si nelayan akan berseru :YA ALLAH YA TUHANKU!!
Apabila si penunggang unta tersesat ditengah padang pasir sahara,haluan berubah arah dan kafilah kebingunggan dalam perjalanan,ia pun berseru sekuat hati : YA ALLAH YA TUHANKU!!
Apabila musibah menimpa,ujian melanda dan cubaan datang silih berganti maka orang yang ditempa musibah itu akan berseru : YA ALLAH YA TUHANKU!!!
Apabila segala pintu ditutup dihadapan para pemgemis dan langsir dilabuhkan, mereka akan berseru : YA ALAH YA TUHANKU!!!
Apabila ikhtiar sudah sempurna,jalan tetap buntu,cita-cita terhenti dan segala hubungan terputus,mereka akan berseru :YA ALLAH YA TUHANKU!!!
Apabila dunia yang kuasa ini terasa sempit buat kita,sedangkan dirimu berasa seolah-olah dihimpit oleh segala yang ditanggungnya,berserulah : YA ALLAH YA TUHANKU!!!
"Sungguh aku mengingat-mu pada malam hari yang hitam pekat,ketika hamparan masa kotor berdebu.Aku berteriak kuat ketika fajar menyinsing sambil tersenyum lebar"
Kepada ALLAH jualah ditujukan ucapan - ucapan yang bagus,doa-doa yang ikhlas,teriak-terikan yang benar,deraian air mata dan segala keluh kesah kesedihan.
Kepadanya setiap tapak tangan menadah di hujung malam,memohon bantuan,begitu juga setiap mata yang merenung,serta segala permintaan makhluk baharu.
Dengan namanya setiap lidah menyebut,meminta tolong,bermohon dan memanggil.Dengan mengingatnya hati akan tenteram dan roh akan damai,serta jiwa menjadi tenang.Urat-urat saraf menjadi lentur,kecerdikan meningkat dan keyakinan menjadi mantap. (sesungguhnya ALLAH maha lemah lembut kepada para hambanya.)
Subscribe to:
Posts (Atom)