Saturday, May 31, 2025

Hati-hati bila sewa rumah Forest City

 

Assalammualaikum semua.

Kali ni aku nak cerita pasal agent sewa rumah Dan management Forest City, not all but a few yang korang kena jaga2. Aku suka tinggal kat kawasan ni sangat best tenang and privacy. Anggaran sewa bulanan sangat murah start from RM850 dan ada gak yang mahal FF RM1+++. Macam unit aku ni 2 Bilik 1 Bilik air, unfurnished...oklah cukuplah tuk aku ngan suami tinggal.

Nak masuk condo ni mcm biasa ada security la mcm condo2 lain yang kat luar tu cuma klau ada family atau kekawan nak dtg ko kena kasi tau management dulu sebab kat setiap block condo kat forest city ni xder parking untuk org luar nak park. Maknanya ko Kena sewa parking kat dalam condo 1 hari RM10, terkejut aku bila dpt tau even do nak parking sekejap pun ko kena bayar klau x kereta kena clamping tau pandai2 ko la.

Part ni aku tak kisah sangat, yang cuma aku kecewa bila aku dapat agent sewa rumah sama management yang sangat2 menipu. Kes dia macam ni, masa aku mula2 nak masuk rumah ni aku check mng semua mcm bru cat and bersih...aku check air aku check paip semua ok...bila aku Tanya rumah ni ok kan tak ada problem ker both of them said xder apa2 masaalah ...bab you the 1st tenant yang duduk rumah ni sewa...so aku a bit happy la kita semua tau kan klau rumah tu xpernah org ddk sewa lagi means semua Masih baru and ok, itu yang aku pikir dalam kepala. 

Alhamdulillah aku sebut and terus deal and bayar deposit. Pendekkan cerita aku pindah masuk rumah ni 24/1/2025, aku happy sangat2 bab dapat rumah bawah budget RM900 monthly, so.... 1st month tu semuanya ok ...dia org created satu wasap group just for the unit only so anything yang aku nak Tanya so boleh Tanya dalam wasap group ni same goes with rental payment, electric payment and water bill payment semua kena share dalam wasap group ni la. 

Aku stay kat Ataraxia Park 4 Block D level 3, level 3 ni mcm ground floor la mcm tu bab lvl 1 and lvl 2 carpark. Bila masuk bulan ke 2 stay, satu2 masaalah datang.

  • Rumah bau lembab 
  • Perabut Mula keluar kulat
  • Senduk2 semua keluar kulat
  • rak baju kayu aku keluar kulat
  • dinding atas keluar tompok2 kuning.
Ni bulan ke 2 aku start kena ni semua, bila aku Tanya and minta tlg bab aku tak sanggup setiap 3 hari or paling lama 5 hari aku kena lap and cuci semua brg2 aku, Makin hari Makin banyak keluar. Ada lah dia org balas and ajukan kat Management building yang in charge. Nak tunggu dia org take action tu Jangan cakap ekk mng lambat... tapi aku still fikir baik maybe busy ada keje so ok lah sabar skit nti datang la tu.

Dalam bulan gak la aku tunggu akhirnya aku dapat wasap dri management building ckp sekian hari and time akan ada contractor datang and tengok... so aku kena tunjuk kat contractor ni la. By the way before all this thing happen aku siap snap gambar2 and kasi video what actually happen and where kat wasap group tenant ni la Dan juga aku kasi sama management building sekali.

Too my surprise, aku ingat contractor dia mng betul2 contractor la yang datang check unit umh aku duduk ni so time yang dia janjikan pun sampai....yang datang orang Parkistan or Bangladesh klau x silap aku. Aku mcm pelik Forest City punya contractor mcm gini ekk. Takper aku Masih pikir yang baik lagi janji bagi aku masaalah ni settle and tau apa punca dia Dan kat mana punca dia.

Pendek kan cerita lagi,..contractor ni cakap punca dia kat toilet rumah atas menitik air dia tu yang jadi gini. Contractor ni pun tebuk la lubang and repair ...dah la ko tebuk lepas tu ko kasi sepah dah sepah berus cuci tandas aku ko kasi pecah pastu ko sorokkan yang bahagian pecah tu jadi tak nampak. Aku relax lagi, geram tu Jangan cakaplah dah la aku penat pindah tak habis ko kasi sepah mcm gini makin marah aku ni.


Ni bukit yang contractor ni tebuk lubang yang dia cakap problem dia kat sini. Sampai sekarang ekk Masih gini berlubang.

Bila dah settle semua aku wasap management building Tanya takkan biar mcm tu jer lubang kat toilet, dia ckp ohhh tu nanti org lain yang repair, ok aku relax lagi, ni dah nak masuk 2 bulan Masih xder apa2 cuma 28/5/2025 tuari ada org datang cuma datang tengok kat tempat tuari dia org repair lepas tu blah mcm tu. Bila aku Tanya ohh ni mesti mau tengok atas juga takut atas ada problem lepas tu dia blah. Aku mcm apa Benda ko buat bodoh dtg mcm tu lepas tu xder apa2 update kat aku then ko blah.

Selepas kejadian ni semua aku ada wasap tenant group wasap Tanya lagi sal Benda ni bab aku dah penat sangat2 penat nak bersihkan Benda ni. Aku bayar sewa Dan sewa rumah bab aku nak relax nak tenang bukan nak ada masaalah mcm ni. Aku bayar bulanan bukan untuk dapat rumah mcm ni, bila aku mengamuk semua pakat diam sorang pun tak berbunyi dalam wasap. Aku siap sound bila part2 gini pandai semua senyap ekk.

Ni aku sertakan segala bukit apa yang jadi kat rumah ni sangat2 teruk.






Ni bahagian atas dinding semua ni takder ms aku tgk rumah...elok bersih jer putih jer...bila dah 2 bulan stay timbul skit2 tompok2 ni....ni gambar paling latest (5 bulan stay kat forest city ataraxia park 4)








Korang tengok senduk kayu aku jadi mcm ni keluar kulat...3 Ari sekali aku kena basuh keringkan semua still jadi mcm ni, penat sangat2 bukan tu jer rak baju rak rempah semua jadi gini...aku siap ckp PLEASEEEEEE Help me....semua diam membatu bab tau aku dah start mengamuk.

Aku punya payah nak sakit bila aku stay kat sini Kerap aku sakit...sakit kepala...pening...mengah...selsema...batuk semua completed.




Yang ni lak paling latest kat master room... punca rak baju aku naik kulat... dah lah tempat mana aku naik tidur rehat semua. Stress sangat2. Ada video aku Masih simpan aku siap ugut nak report kat Tribulan Tuntutan Hak Pengguna...dia org senyap jer. Aku Tanya jiran2 aku yang satu floor ngan aku sorang suami isteri melayu and sorang lagi bdk cina muda Dari sabah....pun alami Benda sama mcm aku tapi rumah aku stay ni yang paling teruk. 

Aku dah Cuba call Tanya kat Tribulan Hak Pengguna but jawapan aku dapat sangat2 lah mengecewakan aku. Dia org ckp Benda ni kita kena deal ngan owner rumah, the problem is yang aku tahu owner rumah ni dri China hanya management Fc ni jer yang berurusan dengan dia owner2 ni aku sebagai tenant hanya deal melalui management and agent sahaja. So jawapan TTHP ni ckp mng kami tak boleh buat apa.

Sangat2 sedih bila aku dapat jawapan mcm ni...abes tu takkan xder cara atau jalan untuk settle Benda ni walaupun owner takder kat Malaysia. Klau macam tu take guna ko jual rumah2 kat Malaysia ni kat orang luar tapi ko xder cara atau akta atau apa pun lah yang boleh settle Benda ni.

Aku tak tahu mcm mn apa kebenda semua ni... tu sebab aku suarakan hak aku sebagai Pengguna (tenant) Aku bukan ddk free aku bayar... mana hak aku!!!!!!!

Mana2 pihak yang berwajib baca artikal aku ni aku minta tolong sangat2....bantuan psl Kes ni....takkan dah sakit teruk atau ada yang dah meninggal bru nak amek serious Benda ni. Aku penat tau takkkkk.....aku penatttttttttttttttttttttt!!!!!!

Aku tak nak besarkan hal ni tapi korang main menipu gini ingat aku nak diam....mng tak la....aku menyewa sebab aku nak berteduh....aku sewa sebab nak Selamat Dari hujan Dari panas matahari semua...aku sewa sebab aku nak keselesaan....tapi kalau mcm gini yang aku dapat sampai sekarang mcm main2 jer management Forest City ni ....mng aku takkan diam.

Meh sini aku sebarkan Benda betul2 bukan aku main reka...semua bukit aku ada....belum aku masukkan video lagi. So pada siapa2 nak sewa rumah kat Forest City ni tak kira lah kat mana dalam FC ni hati2 lah bila deal ngan agent2 ni...tak semua agent2 sini tak ok ada yang ok tapi korang kena pandai cari and deal.

Check semua yang patut...Jangan kasi peluang kat dia org ni. Jangan jadi mcm aku nak nyesal dah terlambat tapi aku ada cara aku nak settle Benda ni dengan share pengalaman teruk aku stay kat FC ni and deal ngan dia org2 ni yang penipu.

Aku rasa klau korang nak stay sini cari unit yang level 5 keatas ...aku siap minta tukar rumah harammmmmmm senyap semua....takper aku hadap dulu Benda ni .....aku ada lagi berapa bulan jer bab aku ikat contract 1 tahun jer Dan aku kasi agent sama management ni sampai hujung bulan May ni tak settle gak ko tengok game apa aku kasi kat korang.

Korang ingat korang jer boleh main game...meh sini aku ikut game korang.


No comments: