Coretan rasa :
Assalammualaikum semua...cuma nak share jer sedikit rasa bila semalam (27/5/2025) aku ada terbaca sebuah kerinduan seseorang kepada seseorang dekat vtt.
Hubungan yang mana aku tahu bertapa rapatnya mereka berdua dari dlu sehingga salah seorang di jemput pulang oleh maha pencipta baru2 ni.
Bohong la aku cakap aku tak menitis air mata baca...bila mana org yang selalu ada yang rapat dengan kita, tempat kita bercerita suka duka kini hanya tinggal kita saja...rindu...sedih...terasa kosong...hilang tempat bercerita Dan sakit menahan rindu.Ibarat patahnya sayap dan hilang kekuatan serta semangat untuk teruskan perjalanan. Cuba untuk kuat tapi tak sama, cuba untuk bangkit tapi ko hilang balance terhuyung hayang tapi tetap ko gagahkan juga.
Aku terfikir Dan aku bertanya pada diri aku sendiri macam mana nanti bila tiba masa Dan saatnya aku di jemput pulang. Apa akan jadi pada anak aku?...apa akan jadi pada adik beradik aku? Aku kalau boleh tak nak mereka rasa sakit seperti mana hamba Allah tu rasa tapi itulah lumrah kehidupan ... akan meratapi , tangisi, merindui, kehilangan dan akan merasa kesedihan.
Part paling aku sangat terkesan bila dia berdoa pada Allah setiap hari sejak kehilangan agar dia datang Dan hadir dalam mimpi dek kerana kerinduan. Dia ingin bercerita dia ingin meluahkan Dan dia ingin memeluk untuk seketika agar hilang segala rasa sakit Dan rindu yang mana dulu dia selalu buat ketika dia Masih ada. Namun belum juga si dia kunjung tiba dalam mimpi, merayu agar datang singgah walau seketika merayu agar bertemu tapi apa yang kita rancangkan Dan inginkan Allah tahu apa yang terbaik buat kira kenapa Dan mengapa hanya Allah saja yang tahu.
Buat hamba Allah ni kalau terbaca coretan ni, kuatkan lah hati, tetaplah berdoa agar dia tenang disana, janji Allah itu pasti kira semua akan bertemu di syurga Allah. Kejarlah syurga Allah pasti apa yang kita inginkan pasti akan dimakbulkan di syurga Allah nanti.
Untuk diri aku pulak, aku akan perbaiki hari demi hari walau berkali aku gagal tapi aku akan tetap berusaha untuk kejar syurga Allah. Aku nak jmpa mak ngan abah nak jmpa kakak aku gak...sangat2 rindu. inilah kekuatan aku aku nak tarik anak aku adik beradik aku Dan suami aku ke syurga Allah satu hari nanti. Aku kekadang berdoa pada Allah kalau noleh biar aku yang pergi dulu dari mereka, bab aku dah tak dapat nak menahan rasa sedih sakit Dan rindu sejak kehilangan mak.
Sangat2 penat sangat2 letih ibarat semua ni memakan semua semangat Dan keingin untuk aku nak teruskan hidup. Aku kuat kerana banyak dosa2 yang perlu aku tebus walau pun aku tahu takkan tertebus tapi aku akan tetap tebus juga kerana aku tahu aku adalah pendosa yang ingin menebus segala dosa dan aku ingin mengajar syurga Allah, ingin bertemu dengan rasul2 Allah Dan bertemu dengan Allah di syurga nti. Tapi aku tahu mengejar syurga Allah itu bukan mudah kerana syurga Allah itu mahal.
Ya Allah....permudakanlah Jangan kau persulitkan......Semoga kita semua bertemu di syurga Allah nanti Insya Allah....Aamiin2 Ya Robbal Alaamiin.
No comments:
Post a Comment