Wednesday, June 11, 2025

BILA HATI SEDANG MENCARI ALLAH

 


Assalammualaikum readers semua 🌹.

Kali ni erine nak share sedikit kata2 yang erine dapat dalam tiktok. Suka sangat baca ni so erine simpan sini senang nanti reader2 semua boleh baca k.


Bila hati ❤️‍🩹 sedang mencari Allah (surah al-insan)

Kalau kita sedang penat dengan Dunia, jiwa kosong, semangat hilang Dan hati rasa jauh Dari Allah, mungkin ini surah yang sedang mencari readers semua. Surah ini seperti pelukkan Allah buat jiwa2 yang sedangkan mencari. Namanya surah al-insan, surah tentang kita manusia.


Dalam surah ni, Allah tidak hanya mengingatkan siapa kita tapi juga menunjukkan bagaimana cara menjadi insan yang di cintainya. Surah ini bukan sekadar kisah, tapi cermin jiwa bagi yang sedang mencari arah pulang.


1. Peringatan tentang asal usul manusia. (ayat 1-3)

"Bukankah pernah datang kepada manusia satu masa, sedangkan dia ketika itu belum menjadi sesuatu yang disebut?"

Allah ingatkan kita berasal Dari tiada apa-apa, hanya setitis Mani. Tapi kemudian Allah beri :
  • Pendengaran
  • Penglihatan
  • Pilihan untuk menjadi hamba yang bersyukur atau kufur.

IBRAH: ayat 1-3
  •  Kita semua berasal Dari setitis Mani - bukan sesiapa.
  • Tapi Allah beri kita akal, penglihatan Dan pendengaran.
  • Maka Jangan sombong, kembalilah jadi hamba yang sedar diri.
  • Setiap manusia diberi pilihan dalam hidup.
  • Pilihan jalan taqwa atau jalan Hawa nafsu.
  • Jalan syukur itu kadang sukar tapi ia yang membawa ke syurga

2. Ujian keikhlasan Dan amalan ikhlaskan (ayat 5-10)

Allah ceritakan golongan yang beri makanan kepada :

  •  Fakir miskin
  • Anak yatim
  • Tawanan perang
Mereka berkata :

"Kami beri makan kerana Allah, kami tidak mahu balasan mahupun ucapkan terima Kashi."

Inilah golongan contoh akhlak ahli syurga, mereka buat baik secara senyap hanya kerana ALLAH.

IBRAH : (ayat 8-9)

  •  Jangan tunggu penghargaan 
  • Jangan kecewa bila kebaikkan tidak dihargai
  • Ikhlas itu mahal. Allah nampak walaupun manusia tidak nampak.

3. Ganjaran syurga bagi orang yang sabar & ikhlas (ayat 11-22)

Allah gambarkan balasan yang indah :

  • Disambut dengan minuman syurga
  • Pakaian Dari sutera
  • Mahligai yang teduh
  • Gelas perak yang berkilau
  • Tiada kepenatan, tiada kebosanan semua ini kerana kesabaran Dan keikhlasan mereka di Dunia.

IBRAH : (ayat 12-22)

  •  Nak istiqomah bulan mudah, tapi Allah sangat hargai kesabaran kita.
  • Syurga bulan untuk orang yang cepat mengalah, tapi untuk yang sabar dalam KETAATAN.
  • Apa yang Allah simpan di akhirat jauh lebih cantik Dari Dunia yang kita kejar.
  • Sabar kerana syurga itu benar-benar layak untuk mereka yang tahan ujian.
  • Setiap air mata, setiap pengorbanan kerana Allah, takkan sia-sia.
  • Allah bersyukur kepada hambanya. Bayangkan Allah bersyukur kepada kita.

4. Arahan untuk sabar, zikir Dan ibadah malam. (ayat 23-26)

Allah arahkan nabi ﷺ Dan kita semua :
  • Sabar atas perintah Allah
  • Berzikir siang Dan malam
  • Solat Dan beribadah di waktu malam dengan penuh khusyuk.

IBRAH : (ayat 23-26)

  •  Zikir adalah kekuatan orang beriman dalam Dunia penuh fitnah
  • Ibadah malam mendidik hati agar tidak lalai walau siang hari sibuk

5. Perbezaan akhir antara ahli syurga Dan ahli neraka. (ayat 27-31)

Allah mengingatkan :

Golongan kufur hanya fikir Dunia Dan meninggalkan hari akhirat. Mereka akan terima balasan yang Hina. Manakala orang yang beriman Allah masukkan ke dalam rahmatnya.


IBRAH : (ayat 27-31)

  •  Dunia memang menggoda, tetapi hanya sementara
  • Ramai orang mengejar Dunia, tapi melupakan akhirat, padahal akhirat itu lebih kekal Dan menetukan nasib sebenar.
  • Allah ingatkan bahaha kita semua miliknya, tubuh yang kuat pun Allah boleh gantikan bila-bila.
  • Maka Jangan sombong atau rasa "berkuasa"
  • Hidayah adalah milik Allah. kita hanya mampi berusaha Dan berdoa,
  • Allah beri kita pilihan Dan dia tidak paksa, tetapi jalan menujunya terbuka Lucas untuk sesiapa yang benar-benar mahu.
  • Maka Jangan putus asa. Kalau hati kita rasa kosong, itulah jemputan lembut Dari Allah.

Jadilah seperti mereka dalam Surah Al-Insan, Tenang, Sabar, Ikhlas Dan tidak harapkan pujian. Kerana Allah cukup bagi mereka Dan syurga adalah tempat rehat bagi mereka.

"Ya Allah, jadikan kami orang-orang yang Ikhlas walau tak dikenali yang terus berbuat baik walau tak dihargai. Cukup engkau yang Maha melihat Dan Maha membalas."

🤲Aamiin3x Ya Roabbal Alaamiin.


Sangat indah ayat2 dalam surah ni...semoga kita semua menjadi ahli syurga Allah Dan meninggal dalam husnul khotimah. 🤲Aamiin3x Ya Roabbal Alaamiin.


Credit to 🫶: TikTok username : 🌹Aida husyah🌹

No comments: