Wednesday, June 11, 2025

BILA HATI SEDANG MENCARI ALLAH

 


Assalammualaikum readers semua 🌹.

Kali ni erine nak share sedikit kata2 yang erine dapat dalam tiktok. Suka sangat baca ni so erine simpan sini senang nanti reader2 semua boleh baca k.


Bila hati ❤️‍🩹 sedang mencari Allah (surah al-insan)

Kalau kita sedang penat dengan Dunia, jiwa kosong, semangat hilang Dan hati rasa jauh Dari Allah, mungkin ini surah yang sedang mencari readers semua. Surah ini seperti pelukkan Allah buat jiwa2 yang sedangkan mencari. Namanya surah al-insan, surah tentang kita manusia.


Dalam surah ni, Allah tidak hanya mengingatkan siapa kita tapi juga menunjukkan bagaimana cara menjadi insan yang di cintainya. Surah ini bukan sekadar kisah, tapi cermin jiwa bagi yang sedang mencari arah pulang.


1. Peringatan tentang asal usul manusia. (ayat 1-3)

"Bukankah pernah datang kepada manusia satu masa, sedangkan dia ketika itu belum menjadi sesuatu yang disebut?"

Allah ingatkan kita berasal Dari tiada apa-apa, hanya setitis Mani. Tapi kemudian Allah beri :
  • Pendengaran
  • Penglihatan
  • Pilihan untuk menjadi hamba yang bersyukur atau kufur.

IBRAH: ayat 1-3
  •  Kita semua berasal Dari setitis Mani - bukan sesiapa.
  • Tapi Allah beri kita akal, penglihatan Dan pendengaran.
  • Maka Jangan sombong, kembalilah jadi hamba yang sedar diri.
  • Setiap manusia diberi pilihan dalam hidup.
  • Pilihan jalan taqwa atau jalan Hawa nafsu.
  • Jalan syukur itu kadang sukar tapi ia yang membawa ke syurga

2. Ujian keikhlasan Dan amalan ikhlaskan (ayat 5-10)

Allah ceritakan golongan yang beri makanan kepada :

  •  Fakir miskin
  • Anak yatim
  • Tawanan perang
Mereka berkata :

"Kami beri makan kerana Allah, kami tidak mahu balasan mahupun ucapkan terima Kashi."

Inilah golongan contoh akhlak ahli syurga, mereka buat baik secara senyap hanya kerana ALLAH.

IBRAH : (ayat 8-9)

  •  Jangan tunggu penghargaan 
  • Jangan kecewa bila kebaikkan tidak dihargai
  • Ikhlas itu mahal. Allah nampak walaupun manusia tidak nampak.

3. Ganjaran syurga bagi orang yang sabar & ikhlas (ayat 11-22)

Allah gambarkan balasan yang indah :

  • Disambut dengan minuman syurga
  • Pakaian Dari sutera
  • Mahligai yang teduh
  • Gelas perak yang berkilau
  • Tiada kepenatan, tiada kebosanan semua ini kerana kesabaran Dan keikhlasan mereka di Dunia.

IBRAH : (ayat 12-22)

  •  Nak istiqomah bulan mudah, tapi Allah sangat hargai kesabaran kita.
  • Syurga bulan untuk orang yang cepat mengalah, tapi untuk yang sabar dalam KETAATAN.
  • Apa yang Allah simpan di akhirat jauh lebih cantik Dari Dunia yang kita kejar.
  • Sabar kerana syurga itu benar-benar layak untuk mereka yang tahan ujian.
  • Setiap air mata, setiap pengorbanan kerana Allah, takkan sia-sia.
  • Allah bersyukur kepada hambanya. Bayangkan Allah bersyukur kepada kita.

4. Arahan untuk sabar, zikir Dan ibadah malam. (ayat 23-26)

Allah arahkan nabi ï·º Dan kita semua :
  • Sabar atas perintah Allah
  • Berzikir siang Dan malam
  • Solat Dan beribadah di waktu malam dengan penuh khusyuk.

IBRAH : (ayat 23-26)

  •  Zikir adalah kekuatan orang beriman dalam Dunia penuh fitnah
  • Ibadah malam mendidik hati agar tidak lalai walau siang hari sibuk

5. Perbezaan akhir antara ahli syurga Dan ahli neraka. (ayat 27-31)

Allah mengingatkan :

Golongan kufur hanya fikir Dunia Dan meninggalkan hari akhirat. Mereka akan terima balasan yang Hina. Manakala orang yang beriman Allah masukkan ke dalam rahmatnya.


IBRAH : (ayat 27-31)

  •  Dunia memang menggoda, tetapi hanya sementara
  • Ramai orang mengejar Dunia, tapi melupakan akhirat, padahal akhirat itu lebih kekal Dan menetukan nasib sebenar.
  • Allah ingatkan bahaha kita semua miliknya, tubuh yang kuat pun Allah boleh gantikan bila-bila.
  • Maka Jangan sombong atau rasa "berkuasa"
  • Hidayah adalah milik Allah. kita hanya mampi berusaha Dan berdoa,
  • Allah beri kita pilihan Dan dia tidak paksa, tetapi jalan menujunya terbuka Lucas untuk sesiapa yang benar-benar mahu.
  • Maka Jangan putus asa. Kalau hati kita rasa kosong, itulah jemputan lembut Dari Allah.

Jadilah seperti mereka dalam Surah Al-Insan, Tenang, Sabar, Ikhlas Dan tidak harapkan pujian. Kerana Allah cukup bagi mereka Dan syurga adalah tempat rehat bagi mereka.

"Ya Allah, jadikan kami orang-orang yang Ikhlas walau tak dikenali yang terus berbuat baik walau tak dihargai. Cukup engkau yang Maha melihat Dan Maha membalas."

🤲Aamiin3x Ya Roabbal Alaamiin.


Sangat indah ayat2 dalam surah ni...semoga kita semua menjadi ahli syurga Allah Dan meninggal dalam husnul khotimah. ðŸ¤²Aamiin3x Ya Roabbal Alaamiin.


Credit to ðŸ«¶: TikTok username : ðŸŒ¹Aida husyah🌹

Saturday, May 31, 2025

Hati-hati bila sewa rumah Forest City

 

Assalammualaikum semua.

Kali ni aku nak cerita pasal agent sewa rumah Dan management Forest City, not all but a few yang korang kena jaga2. Aku suka tinggal kat kawasan ni sangat best tenang and privacy. Anggaran sewa bulanan sangat murah start from RM850 dan ada gak yang mahal FF RM1+++. Macam unit aku ni 2 Bilik 1 Bilik air, unfurnished...oklah cukuplah tuk aku ngan suami tinggal.

Nak masuk condo ni mcm biasa ada security la mcm condo2 lain yang kat luar tu cuma klau ada family atau kekawan nak dtg ko kena kasi tau management dulu sebab kat setiap block condo kat forest city ni xder parking untuk org luar nak park. Maknanya ko Kena sewa parking kat dalam condo 1 hari RM10, terkejut aku bila dpt tau even do nak parking sekejap pun ko kena bayar klau x kereta kena clamping tau pandai2 ko la.

Part ni aku tak kisah sangat, yang cuma aku kecewa bila aku dapat agent sewa rumah sama management yang sangat2 menipu. Kes dia macam ni, masa aku mula2 nak masuk rumah ni aku check mng semua mcm bru cat and bersih...aku check air aku check paip semua ok...bila aku Tanya rumah ni ok kan tak ada problem ker both of them said xder apa2 masaalah ...bab you the 1st tenant yang duduk rumah ni sewa...so aku a bit happy la kita semua tau kan klau rumah tu xpernah org ddk sewa lagi means semua Masih baru and ok, itu yang aku pikir dalam kepala. 

Alhamdulillah aku sebut and terus deal and bayar deposit. Pendekkan cerita aku pindah masuk rumah ni 24/1/2025, aku happy sangat2 bab dapat rumah bawah budget RM900 monthly, so.... 1st month tu semuanya ok ...dia org created satu wasap group just for the unit only so anything yang aku nak Tanya so boleh Tanya dalam wasap group ni same goes with rental payment, electric payment and water bill payment semua kena share dalam wasap group ni la. 

Aku stay kat Ataraxia Park 4 Block D level 3, level 3 ni mcm ground floor la mcm tu bab lvl 1 and lvl 2 carpark. Bila masuk bulan ke 2 stay, satu2 masaalah datang.

  • Rumah bau lembab 
  • Perabut Mula keluar kulat
  • Senduk2 semua keluar kulat
  • rak baju kayu aku keluar kulat
  • dinding atas keluar tompok2 kuning.
Ni bulan ke 2 aku start kena ni semua, bila aku Tanya and minta tlg bab aku tak sanggup setiap 3 hari or paling lama 5 hari aku kena lap and cuci semua brg2 aku, Makin hari Makin banyak keluar. Ada lah dia org balas and ajukan kat Management building yang in charge. Nak tunggu dia org take action tu Jangan cakap ekk mng lambat... tapi aku still fikir baik maybe busy ada keje so ok lah sabar skit nti datang la tu.

Dalam bulan gak la aku tunggu akhirnya aku dapat wasap dri management building ckp sekian hari and time akan ada contractor datang and tengok... so aku kena tunjuk kat contractor ni la. By the way before all this thing happen aku siap snap gambar2 and kasi video what actually happen and where kat wasap group tenant ni la Dan juga aku kasi sama management building sekali.

Too my surprise, aku ingat contractor dia mng betul2 contractor la yang datang check unit umh aku duduk ni so time yang dia janjikan pun sampai....yang datang orang Parkistan or Bangladesh klau x silap aku. Aku mcm pelik Forest City punya contractor mcm gini ekk. Takper aku Masih pikir yang baik lagi janji bagi aku masaalah ni settle and tau apa punca dia Dan kat mana punca dia.

Pendek kan cerita lagi,..contractor ni cakap punca dia kat toilet rumah atas menitik air dia tu yang jadi gini. Contractor ni pun tebuk la lubang and repair ...dah la ko tebuk lepas tu ko kasi sepah dah sepah berus cuci tandas aku ko kasi pecah pastu ko sorokkan yang bahagian pecah tu jadi tak nampak. Aku relax lagi, geram tu Jangan cakaplah dah la aku penat pindah tak habis ko kasi sepah mcm gini makin marah aku ni.


Ni bukit yang contractor ni tebuk lubang yang dia cakap problem dia kat sini. Sampai sekarang ekk Masih gini berlubang.

Bila dah settle semua aku wasap management building Tanya takkan biar mcm tu jer lubang kat toilet, dia ckp ohhh tu nanti org lain yang repair, ok aku relax lagi, ni dah nak masuk 2 bulan Masih xder apa2 cuma 28/5/2025 tuari ada org datang cuma datang tengok kat tempat tuari dia org repair lepas tu blah mcm tu. Bila aku Tanya ohh ni mesti mau tengok atas juga takut atas ada problem lepas tu dia blah. Aku mcm apa Benda ko buat bodoh dtg mcm tu lepas tu xder apa2 update kat aku then ko blah.

Selepas kejadian ni semua aku ada wasap tenant group wasap Tanya lagi sal Benda ni bab aku dah penat sangat2 penat nak bersihkan Benda ni. Aku bayar sewa Dan sewa rumah bab aku nak relax nak tenang bukan nak ada masaalah mcm ni. Aku bayar bulanan bukan untuk dapat rumah mcm ni, bila aku mengamuk semua pakat diam sorang pun tak berbunyi dalam wasap. Aku siap sound bila part2 gini pandai semua senyap ekk.

Ni aku sertakan segala bukit apa yang jadi kat rumah ni sangat2 teruk.






Ni bahagian atas dinding semua ni takder ms aku tgk rumah...elok bersih jer putih jer...bila dah 2 bulan stay timbul skit2 tompok2 ni....ni gambar paling latest (5 bulan stay kat forest city ataraxia park 4)








Korang tengok senduk kayu aku jadi mcm ni keluar kulat...3 Ari sekali aku kena basuh keringkan semua still jadi mcm ni, penat sangat2 bukan tu jer rak baju rak rempah semua jadi gini...aku siap ckp PLEASEEEEEE Help me....semua diam membatu bab tau aku dah start mengamuk.

Aku punya payah nak sakit bila aku stay kat sini Kerap aku sakit...sakit kepala...pening...mengah...selsema...batuk semua completed.




Yang ni lak paling latest kat master room... punca rak baju aku naik kulat... dah lah tempat mana aku naik tidur rehat semua. Stress sangat2. Ada video aku Masih simpan aku siap ugut nak report kat Tribulan Tuntutan Hak Pengguna...dia org senyap jer. Aku Tanya jiran2 aku yang satu floor ngan aku sorang suami isteri melayu and sorang lagi bdk cina muda Dari sabah....pun alami Benda sama mcm aku tapi rumah aku stay ni yang paling teruk. 

Aku dah Cuba call Tanya kat Tribulan Hak Pengguna but jawapan aku dapat sangat2 lah mengecewakan aku. Dia org ckp Benda ni kita kena deal ngan owner rumah, the problem is yang aku tahu owner rumah ni dri China hanya management Fc ni jer yang berurusan dengan dia owner2 ni aku sebagai tenant hanya deal melalui management and agent sahaja. So jawapan TTHP ni ckp mng kami tak boleh buat apa.

Sangat2 sedih bila aku dapat jawapan mcm ni...abes tu takkan xder cara atau jalan untuk settle Benda ni walaupun owner takder kat Malaysia. Klau macam tu take guna ko jual rumah2 kat Malaysia ni kat orang luar tapi ko xder cara atau akta atau apa pun lah yang boleh settle Benda ni.

Aku tak tahu mcm mn apa kebenda semua ni... tu sebab aku suarakan hak aku sebagai Pengguna (tenant) Aku bukan ddk free aku bayar... mana hak aku!!!!!!!

Mana2 pihak yang berwajib baca artikal aku ni aku minta tolong sangat2....bantuan psl Kes ni....takkan dah sakit teruk atau ada yang dah meninggal bru nak amek serious Benda ni. Aku penat tau takkkkk.....aku penatttttttttttttttttttttt!!!!!!

Aku tak nak besarkan hal ni tapi korang main menipu gini ingat aku nak diam....mng tak la....aku menyewa sebab aku nak berteduh....aku sewa sebab nak Selamat Dari hujan Dari panas matahari semua...aku sewa sebab aku nak keselesaan....tapi kalau mcm gini yang aku dapat sampai sekarang mcm main2 jer management Forest City ni ....mng aku takkan diam.

Meh sini aku sebarkan Benda betul2 bukan aku main reka...semua bukit aku ada....belum aku masukkan video lagi. So pada siapa2 nak sewa rumah kat Forest City ni tak kira lah kat mana dalam FC ni hati2 lah bila deal ngan agent2 ni...tak semua agent2 sini tak ok ada yang ok tapi korang kena pandai cari and deal.

Check semua yang patut...Jangan kasi peluang kat dia org ni. Jangan jadi mcm aku nak nyesal dah terlambat tapi aku ada cara aku nak settle Benda ni dengan share pengalaman teruk aku stay kat FC ni and deal ngan dia org2 ni yang penipu.

Aku rasa klau korang nak stay sini cari unit yang level 5 keatas ...aku siap minta tukar rumah harammmmmmm senyap semua....takper aku hadap dulu Benda ni .....aku ada lagi berapa bulan jer bab aku ikat contract 1 tahun jer Dan aku kasi agent sama management ni sampai hujung bulan May ni tak settle gak ko tengok game apa aku kasi kat korang.

Korang ingat korang jer boleh main game...meh sini aku ikut game korang.


Tuesday, May 27, 2025

Patahnya sayap dek kerinduan.

 Coretan rasa :


Assalammualaikum semua...cuma nak share jer sedikit rasa bila semalam (27/5/2025) aku ada terbaca sebuah kerinduan seseorang kepada seseorang dekat vtt.

Hubungan yang mana aku tahu bertapa rapatnya mereka berdua dari dlu sehingga salah seorang di jemput pulang oleh maha pencipta baru2 ni.

Bohong la aku cakap aku tak menitis air mata baca...bila mana org yang selalu ada yang rapat dengan kita, tempat kita bercerita suka duka kini hanya tinggal kita saja...rindu...sedih...terasa kosong...hilang tempat bercerita Dan sakit menahan rindu.Ibarat patahnya sayap dan hilang kekuatan serta semangat untuk teruskan perjalanan. Cuba untuk kuat tapi tak sama, cuba untuk bangkit tapi ko hilang balance terhuyung hayang tapi tetap ko gagahkan juga.

Aku terfikir Dan aku bertanya pada diri aku sendiri macam mana nanti bila tiba masa Dan saatnya aku di jemput pulang. Apa akan jadi pada anak aku?...apa akan jadi pada adik beradik aku? Aku kalau boleh tak nak mereka rasa sakit seperti mana hamba Allah tu rasa tapi itulah lumrah kehidupan ... akan meratapi , tangisi, merindui, kehilangan dan akan merasa kesedihan.

Part paling aku sangat terkesan bila dia berdoa pada Allah setiap hari sejak kehilangan agar dia datang Dan hadir dalam mimpi dek kerana kerinduan. Dia ingin bercerita dia ingin meluahkan Dan dia ingin memeluk untuk seketika agar hilang segala rasa sakit Dan rindu yang mana dulu dia selalu buat ketika dia Masih ada. Namun belum juga si dia kunjung tiba dalam mimpi, merayu agar datang singgah walau seketika merayu agar bertemu tapi apa yang kita rancangkan Dan inginkan Allah tahu apa yang terbaik buat kira kenapa Dan mengapa hanya Allah saja yang tahu.

Buat hamba Allah ni kalau terbaca coretan ni, kuatkan lah hati, tetaplah berdoa agar dia tenang disana, janji Allah itu pasti kira semua akan bertemu di syurga Allah. Kejarlah syurga Allah pasti apa yang kita inginkan pasti akan dimakbulkan di syurga Allah nanti.

Untuk diri aku pulak, aku akan perbaiki hari demi hari walau berkali aku gagal tapi aku akan tetap berusaha untuk kejar syurga Allah. Aku nak jmpa mak ngan abah nak jmpa kakak aku gak...sangat2 rindu. inilah kekuatan aku aku nak tarik anak aku adik beradik aku Dan suami aku ke syurga Allah satu hari nanti. Aku kekadang berdoa pada Allah kalau noleh biar aku yang pergi dulu dari mereka, bab aku dah tak dapat nak menahan rasa sedih sakit Dan rindu sejak kehilangan mak.

Sangat2 penat sangat2 letih ibarat semua ni memakan semua semangat Dan keingin untuk aku nak teruskan hidup. Aku kuat kerana banyak dosa2 yang perlu aku tebus walau pun aku tahu takkan tertebus tapi aku akan tetap tebus juga kerana aku tahu aku adalah pendosa yang ingin menebus segala dosa dan aku ingin mengajar syurga Allah, ingin bertemu dengan rasul2 Allah Dan bertemu dengan Allah di syurga nti. Tapi aku tahu mengejar syurga Allah itu bukan mudah kerana syurga Allah itu mahal.

Ya Allah....permudakanlah Jangan kau persulitkan......Semoga kita semua bertemu di syurga Allah nanti Insya Allah....Aamiin2 Ya Robbal Alaamiin.






Saturday, May 3, 2025

Sciatica Nerve Pain - penghapus dosa2 kecil part2

 Bismillah...

Tiada Daya dan upaya hanya dengan pertolongan dari Allah swt. 

Tanda2 sciatica nerve pain:

- Sakit di belah pinggul akibat urat tersepit

- Kebas 

- Lenguh2 dan menyucuk

- Urat saraf menyucuk

Inilah tanda2 yang aku rasa dan aku dapat bila kena SNP. Sangat kurang selesa bila tiba2 urat saraf ko menyucuk smpi ko terpaksa pegang dan tekan nak kasi Sakit dia kurang. Cara ko duduk, cara ko bersila, cara ko baring semua ko kena jaga, silap parking kebas akan dtg menyucuk pun datang, semut2 pun datang Dan urat ko pun menekan2 main peranan.

Punca Sciatica ni akibat dari urat saraf tersepit disebabkan banyak hal, cara Salah kita ddk, cara Salah kita baring nak tido semua ni main peranan. Akulah Salah sorg yg carca marba buat semua ni, bab xtau pun kewujudan Sakit ni sebab apa? sebab aku x amek tahu... tu la kita yg bernama manusia..bila dah kena bru nak tersedar. Bila dah jadi semua ni dah terlambat ko nak betulkan.

Memang sangat tak selesa bila dapat Sakit ni, setiap minit ko kena ubah cara ddk, cara letak kaki ko semua, tak boleh nak ddk side lelama akan jadi Sakit Dan kebas menyucuk. Kaki ko xleh Sejuk sentiasa kena pkai stokin, kat Salam rumah kena pkai selipar, kaki x boleh pijak lantai yg Sejuk Sakit dia Kebas dia urat berdenyut datang sekali serang.

Kekadang aku rasa useless sngt2 bila sakit ni datang serang. Aku dah Cuba mcm2 hilang sekejap datang jer pastu start datang balik. Aku penat sngt2 nak hadap Sakit ni, mn aku nak buat keje jadi tak Selena, mn nak masak lagi nak kemas umh lagi nak itu nak ini. Penat tau takkkkk!!!!

Aku pujuk diri aku sendiri jgn dilayan Sakit ni tapi Sakit ni lagi kuat kuasai mental aku. Kekadang tu aku smpi nak amek jer pisau cucuk2 jer kat tempat Sakit tu biar padan muka dia. kekadang tu gak aku kuat2 ketok kat tempat yg aku Sakit ...harapan nak kasi hilang...hurmmm...dia datang balik. 

The best part bila urat saraf ko berdenyut, Lenguh dia teramat sakit smpi satu bdn ko jadi mcm lemah. Aku taip ni pun buat bdn aku jadi lemah, otak aku bagi signal yg sngt tak selesa kat bdn aku. Ya Allah ...penat sngt2. Setiap minit or saat ko kena gerakkan kaki ko bab xnak Urat saraf ko jadi Sakit. Letihnya Ya Allah...😭

Nak kuat pun jadi penat apa lagi nak tahan Sakit. Berat badan aku turun mencanak-canak...dari size L aku turun ke size S. Betis aku kecik, tangan aku jadi kebas, jalan jadi senget ker kiri... keras ujian aku Kali ni. Banyak tempat dah aku mengurut...lega sekejap tak smpi 1 ari datang balik sakit, tak pun lega kat situ datang lak kat tempat lain dia serang....never ending gitew.

Hari2 aku doa mohon kat Allah diberi kesembuhan Dan tariklah sakit yg aku rasa ni keluar dari dalam bdn aku ni...aku akan tetap berdoa Dan memohon hingga Salah satu doa yg aku minta naik kelangit. Apa yang aku boleh ckp mental Dan fizikal aku dah penat...aku cuba untuk bertahan selagi mampu untuk kuat Dan berdoa diberi kekuatan agar aku kuat Dan mampu untuk menghadapi dugaan Dan sakit ni.

Ramai yang nampak aku kuat diluaran, tapi hakikatnya aku tak...aku cuma nampakkan kat semua org yg aku kuat. Bayangkan lah mcm mn aku hadap sakit ni hari2, nak mengeluh lebih aku dah tak mampu. Apa yg aku mampi skrg ni usaha untuk sembuh...aku tak kira dengan cara apa pun aku sanggup demi nak sembuh. Nikmat sihat yg aku perlukan skrg ni dah tak mampu aku nak tanggung sakit dah.

Dari sakit yg aku tak tahu jadi tahu dari sakit yg aku tak kenal aku jadi kenal. Aku mng tak suka makan ubat apa lagi ubat hospital...klau demam aku ikhtiar cara makan ubat tradisional tak pun herba2. Nak usik ubat hospital mng jauh unless klau aku dah teruk sngt bru aku amek. Degil aku part ubat2 ni mng tak leh di bendung. Kenapa aku tak suka semua ni ada history dia bukan aku saja tak suka mkn.

Sekarang ni aku masih bertarung ngan sakit Sciatica...doakan aku sembuh kekawan. aku tak minta apa hanya doa jer aku nak skrg ni...mana tau doa salah sorg dari korang Allah swt angkat kan...mcm tu gak aku akan sentiasa doakan korang sem,ua sihat, dijauhkan dari sakit, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rezeki yg tak pernah habis dan sentiasa dalm lindungan Allah swt...Aamiin2 Ya Robbal Alaamiin.


Sciatica Nerve Pain :





Thursday, May 1, 2025

Kejadian penghapus dosa2 kecil aku


 Bismillah...

Assalammualaikum semua, lama sangat tak update blog ni, entah bila last buat blog pun dah tak ingat.

Now I'm back and aku nak kongsi cerita ngan korang semua. Kejadian penghapus dosa2 kecil aku. Kejadian ni terjadi tahun ni 2025 dalam pertengahan kita menyambut puasa, aku pun tak tahu macam mn boleh jadi. Tau2 aku kena Belly's Palsy attack sama Sciatica Nerve Pain, Klau korang tak paham apa 2 benda ni boleh la Google yer.

So meh aku citer part Belly's Palsy dulu.

Tanda2 yang aku tak perasaan ada kat aku rupa2nya itulah signal aku nak kena BP ni, 1st lidah Aku belah kanan rasa kebas, Aku ingat kebas biasa jer bab aku ada tergigit lidah tanpa sengaja masa mkn so aku buat biasa jer. Lama2 aku rasa lain bila aku gosok gigi, kebiasaan aku bila gosok gigi aku akan gosok lelangit sama lidah sekali. 2nd part lak aku demam and sakit Gigi, then aku sakit kepala, ingatkan migraine so aku mcm biasa urut and relax kan diri (tidur) nak kasi hilangkan Sakit kepala.

Ternyata cara yg aku ingat boleh ok lepas tidur and rehat mng tak mendatangkan hasil, Sakit kepala tak hilang tapi Masih boleh tahan lagi. So petang tu aku drive nak amek husben balik keje alang2 tu nak beli makanan tok berbuka sekali, but aku dah standby kan air Kotak takut tak sempat nti so minum dulu untuk buat berbuka nti.

Masa drive tu mata aku belah kanan dah mula rasa pedih and berair memang tak selesa sangat rasa, mcm biasa aku ingat berair bab pedih ker or apa ker kan. Meleset gak tekaan aku, ni pun tanda2 BP yang aku tak sedar. The best part aku rasa muka sebelah kanan aku Mula rasa kebas perlahan-lahan. Ms ni aku ok lagi tu yg aku rasa la tapi.... itulah kemuncak dia yang aku kena Belly's Palsy. 

So korang boleh tengok sendiri gambar yg aku letak tu, ni kira dah ok sikit tapi Ms mula2 aku kena drop giler muka aku belah kanan. Mulut aku senget, mata aku drop tak leh nak kelip...Klau kelip pun lambat turun pastu selalu berair and pedih. Pipi aku lansung tak boleh nak gerakkan totally numb (kebas) kira urat saraf aku belah kanan dah bengkak and blocked. Oksigen sama darah tak masuk dengan elok tersekat sebab urat dah bengkak kat belakang cuping telinga aku.Yer.. main point Sakit dia kat belakang cuping telinga aku, dia punya Sakit nauzubillah sngt2 Sakit smpi aku xleh nak pikir apa dah asik tahan Sakit jer.

Bila aku Cuba usik mng Sakit sangat, bila aku tgk kat cermin bengkak sebelah muka kanan aku dekat area cuping telinga. Esoknya husben bawak aku gie clinic awal pagi, Ms jumpa doc tu aku citer la apa kejadiaan, so doc check Blood Pressure aku 3x doc amek and bacaan dia tetap sama 185, so doc kata dia kena refer aku kat HSA dia tak boleh nak continued bab kes aku ni mng kena refer hospital. Hurmm...aku dah start tak sedap hati tapi aku masih fikir yg baik2 jer. Doc kasi surat emergency tok aku terus gie jmpa doc kat HSA, drive gie spital Ms ni aku tahan Sakit dia punya denyut ngan menyucuk tu Sakit sangat smpi aku pegang muka aku belah kanan.

Sampai spital aku terus gie counter emergency line kasi surat then tunggu, masa ni aku Sakit aku makin menjadi bab aku sedar yang telinga aku jadi sensitive dengan bunyi, berdesing telinga dia sampai aku rasa Sakit urat telinga aku naik ke kepala berdenyut dia, dengan ramai orangnya Allahhu aku tawakal jer masa ni. Lepas jmpa doc aku kena buat a few check up like heart check up, blood check up, brain scan, chest scan semua la... nak tunggu satu2 check up ni aku tersadai kat HSA saru hari2 dari pagi smpi kul 12mlm aku kat HSA. 

Soalan doc kat aku PUAN STRESS OR DEPRESS ker puan? aku ckplah stress biasa2 tu adalah DEPRESS tu xder...aku Tanya lagi kenapa ekk doc ada kena mengena ker ngan Sakit ni. Doc ckp ni main trigger reason sebab BP puan, aku macam terperanjat la juga bab benda ni main reason dia...so aku kena buat blood test lagi tok doc nak tgk. Masa check tu 3x gak bacaan aku 185 smpi aku kena suruh relax tok nak tgk bacaan. Aku ckp aku dah relax la ni nak relax mcm mn lagi dah. Panas lak aku rasa bila kena ckp mcm tu. Dahlah Sejuk, aku lak xder bahu Sejuk nak cover bdn ni ngan mana tahan Sakit ngan bising lagi ngan ramai org lagi kesudahanya aku tutup mata ngan telinga aku xnak layan semua ni.

Time ni aku dah xleh nak puasa bab kena amek darah tok buat test semua...aku dahlah takut jarum kena lak cucuk mcm tu lagi aku jadi panik and Sakit. Masa ni kepala otak aku mcm2 pikir mcm mn leh jadi mcm ni, kenapa leh jadi, aku jg per mkn aku semua garam aku x amek, gula aku dah kurang giler2, masakkan bersantan aku xmkn Klau rasa teringin jer aku mkn tu pun skit.

Yerlah bak kata ayat Klau nak kena ko jg mcm mn pun akan kena, so lepas kena sidai satu hari2 kat HSA aku minta balik bab dah xlarat nak tunggu brain scan punya result. Aku penat, aku Sejuk, aku xselesa semua ada...Ms ni mood aku dah tunggang langgang dah nak mengamuk pun ada, dalam kepala otak aku cuma nak rehat nak balik rumah tu jer. Aku nyaris nak bergaduh ngan staff nurse bab dia org tak kasi aku balik lagi bab result x keluar. Ko banyangkan dari kul 7mlm aku buat brain scan smpi kul 12mlm result x keluar mau tak angin aku. So aku minta husben aku ckp yg kita nak refer kat spital Singapore bab aku dah xlarat nak tunggu dah. makin stress aku ddk HSA.

1am akhirnya aku dapat lepas, x Banyak ckp start engine terus balik. smpi rumah aku rehat dah xlarat bdn ni rasa. Ms kat spital doc kasi aku ubat tok aku amek the next morning tu masa sahur. Aku mng xlarat dh nak pikir apa dgn x bangun sahurnya ngan sakitnya. Bermula la aku esk paginya kena telan ubat semua and jalani hidup sebagai pesakit Belly's Palsy.

Aku buat research tentang Sakit ni and Tanya kekawan yg mana ada history Sakit ni and adik2 angkat mn yg keje spital ni kan. So ada yg ckp boleh sembuh but not 100% dan ada juga yg kena x leh sembuh Lansung. Aku tau aku boleh sembuh but aku kena jaga elok2 and buat apa yg patut. 

Part yang sengsaranya bila aku nak mkn nak mandi semua, mng aku xleh nak mandi air biasa2 kena air panas, aku xblh Sejuk, kaki kena pkai stokin selalu kena selimut ...dan aku xleh panas sangat or penat buat kerja urat aku jadi Sakit. Mata aku akan start kabur , berair, pedih semua. The main is aku xleh stress, Klau aku stress urat saraf aku jadi sangat tegang..bila tegang sakit dia menangkap smpi aku nak menangis tahan sakit...aku ni jenis xsuka rumah bersepah, xleh tgk bersepah mng aku jadi moody. 

Dalam Ms sebulan aku buat mcm2 nak kasi baik, urut la, therapi la, mkn ubat beli ubat semua, rehatkan diri la, diamkan diri la...aku paksa diri aku tok tidur awal. Cukup time kul 10mlm aku off tenet aku tutup phone and tido. Ms ni aku mng xkeluar rumah sngt cuma keluar bila nak beli barang rumah nak masak. Yer...sakit2 aku kena masak ekk no rehat keje rumah aku Masih buat. Aku doa kat Allah tlg kuatkan aku, mcm2 doa aku bc mcm2 zikir aku ucapkan tak henti2. 

Usaha aku nak sembuh sangat kuat bab aku tahu aku boleh sembuh tapi amek masa...ada yg pernah kena BP ni ckp ada yg amek Ms smpi 2 tahun baru sembuh...ada yg setahun lebih dah sembuh...aku nak tgk kat aku lak amek Ms bape lama nak sembuh.Sekarang dah 2 bulan lebih aku kena BP ni. Pantang makan main key aku sama jg stress level aku sama darah tinggi aku. Tido skrg aku akan tido paling lambat kul 12mlm paling cepat kul 10mlm.

Belly's Palsy ni urat saraf ko tersumbat and bila dah tersumbat dia jadi bengkak...Benda ni jadi disebakan kolestrol banyak sama gula ko tinggi dalam bdn. Aku suspek kolestrol aku tinggi, gula pun maybe. tapi bila check doc ckp aku ok...pelik kan. Sekarang ni aku cuma boleh ckp 70% aku dah ok another 30% still dlm proses nak kasi baik.

Rutin hari2 aku kat rumah jg makan, jg tido, jg stress level aku, buat rutin urut sendiri kat umh, Benda ni semua aku buat hari2 without fail... jg makan means aku xleh makan yg bersantan dan pedas, minun lak aku xleh minun yg ada air batu, Sejuk biasa tu ok but bagi aku still aku boleh rasa tegang urat Klau minum Sejuk. Aku Google mkman, sayur2,buah2 yg xleh mkm untuk Sakit urat ni. Kebanyakkan semua mkman yg aku suka mkn. hai la hai laaaa....Sakit jiwa aku bila pikir. Nak xnak aku kena pantang, nak sembuh ko kena kuat Klau x mng jadi lain...lamberttttttt nak baik maybe.

So tolong doakan kita sembuh k, sebenarnya banyak lagi aku nak ckp sal BP ni tapi cukup kot smpi takat ni jer...mata aku dah start kabur tapi ni semua and dah kasi signal suruh rehat...Insya Allah aku akan buat part 2 tapi Kali ni aku nak citer sal Sciatica Nerve pain lak. Ni semua berkaitan tau ngan BP.

So aku harap perkongsian ni dpt skit sebanyak korang tau sal BP dan apa aku rasa. Panjang umur kita jmpa lagi for the next capture k.


Assalamualaikum semua.

Macam nilah kejadian muka kita kena.