Monday, September 1, 2014

September of September bulan double cinta

Bismillah....

Alhamdulillah selepas kita menyambut hari kemerdekaan yg ke 57, kini tiba bulan September...mcm biasa end of every month smua sid berlumba² closed sales...me alhamdulillah walau xselebat or sekencang mcm sid² lain, blh dikatakan sy setiasa bersyukur diatas nikmat, rezeki dan rahmat yg diberikan...aamiin yra.

September oh September... Dibulan nilah sy dilarihrkan...bermcm² yg bermain dibenak fikiran, hidup sebagai IBU tunggal yg berjuang dlm kehidupan demi mencari sesuap nasi dan rezeki yg halal, bnyk cabaran dan liku² yg sy tempuhi. Alhamdulillah, membesarkan satu²nya puteri kesygan sy dgn hasil berkat mencari rezeki sana sini, InsyaALLAH sy tau kebahagian dan kesenangan itu pasti menjelma...klau setakat doa Tanpa Usaha xkan berjaya,biar lah setimpal kan...agar DOA dan Usaha kena seiring barulah nampak kesungguhan dan kejayaan.

Bulan September bulan promosi Meal Shakes - Buy 3 Free 1 & Collagen Powder - Buy 6 Free 1, wahhhh!!!....bestnyaaaa...masing² siap prepare APA yg patut tuk promote products hebat ni, termasuklah sy...hihi.

Semoga dipermudahkan segalanya dan In shaa ALLAH, keje kuat itu harus demi memperjuangkan hidup demi Masa depan Anak dan sy. So all the best to me, moga² dimurahkan rezeki kami anak beranak. Be positive, be awesome as a single mother, fight what is worth it and be fabulous....aamiin² yra.

Geng IBU tunggal awsome.

Edrina.k @erine
Owner of fb page :
Khaly's deco
Beautylicious bracelets.
Sid ( 1110412)
HP : 011-21077033

Saturday, March 22, 2014

Wanita hari ini dan "P"

Assalam... Syukur alhamdulillah hari ni erine masih diberi kesempatan berkongsi kebaikkan dan ilmu serta memperlajari permasaalah yang menjadi mimpi ngeri buat semua wanita termasuk diri erine juga...Period tidak normal...taukah anda disebabkan period tidak normal ni juga memberi kita tekanan emosi yg sangat kuat dan stress, penaikan berat badan dan mcm-mcm lagi. yang paling menyedihkan bagi kita wanita-wanita ni bila teringin nak punya anak...erine paham sangat perasaan ni...coz I BEEN THERE DONE THAT...mcm-mcm impak tekanan akn datang baik dari suami mau pun keluarga mentua...akhirnya retak dipertengahan...Alhamdulillah. So sekarang apa kata kita baca dan fahami apa punca dan kenapa risau sebab haid tidak datang, Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita..so jangan peningkan kepala....tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan...lepas u senyum dan ucap Astarifullahalazim...subahanALLAH dan Alhamdulillah... Stress - adalah Punca utama kebanyakan masalah gangguan kitaran haid atau haid tidak teratur ni dan antara sebab-sebab lain adalah:- Pertambahan atau penggurangan berat badan yang mendadak Terlebih bersenam Pemakanan tidak sihat (atau diet yang terlalu tinggi dalam karbohidrat) Merokok Penggunaan dadah Penggambilan kafein yang tinggi Pengambilan alkohol secara berlebihan (mengganggu fungsi hati dalam metabolisma estrogen dan progesteron) masalah dalam pemakanan (eating disorder) tekanan yang meningkat Sindrom ovari polisistik (PCOS) Rahim tidak normal (fibroid / sista / polip / endometriosis) Ketidakseimbangan hormon ubat-ubatan kimoterapi Breastfeeding Wanita-wanita dengan PCOS menghadapi risiko yang berikut: Hiperplasia endometrium dan kanser endometrium (kanser lapisan uterus) adalah mungkin, akibat penumpukan lapisan uterus yang berketerlaluan, serta juga kekurangan progresteron yang diakibatkan oleh perangsangan sel-sel uterus yang berpanjangan oleh estrogen Kerintangan insulin/Diabetes Jenis II, yang umumnya dianggap sebagai akibat hiperinsulinemia Tekanan darah tinggi Dislipidemia (gangguan metabolisme lipid, iaitu kolesterol dan trigliserida) Penyakit kardiovaskular Tambahan berat Sesetengah data membayangkan bahawa wanita-wanita dengan PCOS mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi. Wanita-wanita tersebut juga mengalami kesusahan untuk mengandung, akibat kitaran-kitaran haid yang tidak tetap serta kekurangan pengovuman. Bagaimanapun, wanita-wanita dengan PCOS boleh mengandung dengan bantuan ubat, khususnya Metformin, serta diet.
SET LENGKAP MENORMALKAN PERIOD DAN SET BUDGET Gla + Esp Soy+ Alfalfa + vita-e + Vita lea Gla complex Meningkatkan kesuburan wanita dan membalancekan hormone serta regulatekan period. Bila period dah ok dinasihatkan jangan stop pengambilan gla…teruskan dan kurangkan dosage dlu biasa amek gla 2 x sehari ..so turunkan dosage ke 1 hari sekali atau pun 2-3 hari sekali…terpulang pada anda. Pati biji Borage, iaitu biji tumbuhan yangg merupakan sumber terkaya bagi Gla semulajadi. Gla juga bagus untuk Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan acid linolenic (sejenis acid lemakyang penting) dengan baik untuk menjadi Gla. Oleh itu pengambilan Gla tambahan dapat meringankan simptom senggugut. ESP SOY. Sihatkan rahim damn mamapu memastikan penyerapan semua supplement yang kita makan ke tahap Optimum. VITA-E Menyihatkna rahim dan sangat bagus untuk hubungan suami isteri. Alfalfa Merawat keputihan dan sangat bagus untuk memantapkan dalaman wanita. Vita-Lea Multivitamin yang sangat penting untuk memastikan organ dalaman (terutama organ Reproduksi) berfungsi dengan lebih baik.

Thursday, March 13, 2014

KEPERCAYAAN TERHAD - GAGAL SELAMANYA

 Kepercayaan diri yang terhad merupakan perkara yang kita percaya bahawa potensi diri ini mempunyai batasan tertentu dalam sesuatu perkara. Kepercayaan terhad ini mungkin terjadi pada diri dalam keadaan kita sedar ataupun tidak sedar. Antara kepercayaan terhad yang seringkali kita dengari ;

“Saya gemuk, tiada siapa yang ingin kahwin dengan saya.”

“Saya tidak mempunyai nasib yang baik (luck), sebab itu saya tidak berjaya.”

“Saya tidak pandai macam dia, sebab itu saya tidak mempunyai pekerjaan.”

Huraian ringkas, untuk pengetahuan kita bahawa faktor fizikal bukanlah penentu jodoh perkahwinan kita. Perkahwinan lebih kepada persefahaman antara dua orang yang bersetuju untuk hidup bersama yang bertukar menjadi ikatan yang halal menerusi pernikahan yang sah. Ia membabitkan hati dan perasaan bukannya fizikal semata-mata.

Nasib (luck), semua orang yang telah dicipta oleh tuhan dengan sebaik-baiknya. Kesemua kita mempunyai kuasa untuk mengubah nasib kehidupan melalui usaha serta tindakan dan insya-Allah nasib kita akan berubah menjadi lebih baik dengan izin dari Allah swt. Ingat usaha dan tindakan yang tidak putus-putus merupakan luck kita yang sebenar.

Manakala yang terakhir menceritakan kelemahan diri dari segi ilmu pengetahuan. Setiap manusia mempunyai otak, jika otak ini dilatih dan dididik dengan ilmu pengetahuan yang betul setiap masa sudah tentu tahap pengetahuan kita akan berubah menjadi lebih produktif. Jangan salahkan otak yang tak pandai, tetapi salahkan diri sendiri yang tak pandai mencari ilmu yang berguna untuk otak ini.

 Bagaimana kepercayaan terhad ini terjadi?

Cara kita berfikir dan kepercayaan yang kita percaya mewarnakan visi dan pandangan kita terhadap dunia. Dua perkara ini yang menentukan tindakan yang akan diambil oleh diri kita. Pemikiran mempengaruhi perasaan manakala perasaan mempengaruhi tingkahlaku. Proses ini akan sentiasa berulang-ulang melalui apa yang dif.

petikkan dri kata semangat Dr Azizan Osman.

Saturday, March 8, 2014

ya ALLAH ampunilah aku

Bismillah...

Dear diary...aku selalu tertanya knapa kesudahan nasibku selalu berakhir begini...adakah kerana dosa² lampau ku ?? ...klau aku yg bersalah ampuni aku ya ALLAH...kerana aku gagal dlm mempertahankan segalanya...knapa aku xdpt bahagia seperti org lain bahagia??...knapa hanya seketika???...aku redha dgn ketentuan ALLAH...aku terima qadla & qadar perjalanan hidupku jdi begini...aku redha smua ni dan belajar menerima semua ni kerana ALLAH SWT...
Aku kehilangan lg separuh jiwaku...walaupun berat tuk aku lepaskan dan ku telan aku pasrah Dan aku redha...aku kehilangan bahu untuk aku bermanja...aku kehilangan tangan tak aku cium memohon restu....aku kehilangan teman tuk aku bercerita...aku kehilangan imam tuk aku berjemaah...dan aku kehilangan org yg dpt membimbing aku didunia Dan akhirat....ya ALLAH sungguh berat rasa hati ini menanggung segala²nya apa lg disaat aku kehilangan segala²nya...ALLAHhuakbar....subahanALLAH...
ABAH....ampunkan ein abah kerana gagal menjadi anak yg baik ...ya ALLAH aku rindu pada aruwah ayahku ya ALLAH...teramat rinduuuu...al-fatihah...
Walau apa pun aku tetap bersyukur sepanjangan perjalanan ni banyak yg aku perlajari mengenali erti cinta pada ALLAH Dan cinta pada manusia....tidak perlu tuk aku buktikan Dan xperlu tuk aku ungkaikan pd sesiapa...cukup hanya ALLAH swt yg tau...mungkin ini yg terbaik buatku yg telah diaturkan olehya....dia lebih mengetahui APA yg terbaik buatku...inilah ujian untukku...terima kasih ya ALLAH ya RAHMAN ya RAHIM...setiap diatas xkan selamanya akn berada diatas...Dan setiap yg dibawah xkan selamanya akn berada dibawah...aku percaya pada KIFARAH ...aku percaya jaminan ALLAH itu benar..Dan akupercaya.setiap kejadian pasti ada hikmahnya adalah benar...banyak yg aku pelajari dri smua ni...Dan aku xtakut untuk bangkit Dan mengharungi smua ni...kerana aku tau I NEVER WALK ALONE...ALLAH SWT sentiasa ada bersamaku...terima kasih kerana membenarkan aku menumpang kasih...terima kasih atas segala jasa Dan budi baik selama 2 tahun menjaga aku Dan anak...terima kasih diatas sebab² yg membuatkan aku terus kuat ...terima kasih diatas pengenalan yg pahit dan manis...terima kasih atas segala²nya....Dan terima kasih kerana membukakan mataku tuk mengenali erti sebuah kehidupan....
Ya ALLAH....ampunilah segala dosa²ku terhadapnya...dosa² kepada kedua ibu bapaku...dosa² kepada adik beradikku...dosa² terhadap masa lampauku...dosa² terhadap anakku...Dan dosa² terhadap kawanku...maafkan aku kerana aku xsempurna yg kau inginkan...amin yra

Friday, December 7, 2012

RASA HATI DAN KATA HATIKU

ALLAH, Nama yang paling sempurna,susunan huruf yang paling indah,ungkapan yang paling benar dan kalimat paling bernilai."Adakah engkau mengetahui sesiapa pun yang senama dan setanding dengan-nya" (maryam :65) Terbukti DIAlah yang empunya kekayaan dan keabadian,kekuatan dan bantuan,kemuliaan,kekuasaan dan kebijaksanaan.(ketika itu allah berfirman) ; "siapakah yang menguasai kerajaan pada ari ini?? (allah sendiri menjawap) : "Dikuasai oleh ALLAH yang maha esa,lagi yang mengatasi kekuasaanya atas segala-galanya. (ghafir :16) DIA lah empunya kelembutan dan bantuan,pemberian,kasih sayang dan ihsan "Apa jua nikmat yang ada pada kita adalah datangnya daripada ALLAH" Empunya kemegahan dan kemuliaan,kehebatan dan kegagahan. Ya ALLAH,sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan dan padamkanlah bara di jiwa dengan air keimanan. Oh tuhan,jadikanlah mata yang tidak mahu lelap merasa mengantuk yang memberi ketenangan daan letakkanlah di atas jiwa yang goncang ini kedamaian dan berilah balasan baginya dengan kejayaan yang sudah hampir...oh tuhan,halalkanlah kebingungan pandangan hati ku kepada nur cahayamu dan tindakan-tindakan ku yang keliru kepada jalanmu yang lurus dan palingkanlah orang-orang yang menyimpang dari jalanmu kepada hidayahmu Ya ALLAH,lenyapkanlah perasaan was-was dengan fajar cahaya kebenaran dan hapuskanlah jiwa yang rosak dengan falak kebenaran dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuanmu dalam keadaan terhina.

YA ALLAH!!!

Apabila laut bergelombang,ombak menghempas dan angin bertuip kencang,si nelayan akan berseru :YA ALLAH YA TUHANKU!! Apabila si penunggang unta tersesat ditengah padang pasir sahara,haluan berubah arah dan kafilah kebingunggan dalam perjalanan,ia pun berseru sekuat hati : YA ALLAH YA TUHANKU!! Apabila musibah menimpa,ujian melanda dan cubaan datang silih berganti maka orang yang ditempa musibah itu akan berseru : YA ALLAH YA TUHANKU!!! Apabila segala pintu ditutup dihadapan para pemgemis dan langsir dilabuhkan, mereka akan berseru : YA ALAH YA TUHANKU!!! Apabila ikhtiar sudah sempurna,jalan tetap buntu,cita-cita terhenti dan segala hubungan terputus,mereka akan berseru :YA ALLAH YA TUHANKU!!! Apabila dunia yang kuasa ini terasa sempit buat kita,sedangkan dirimu berasa seolah-olah dihimpit oleh segala yang ditanggungnya,berserulah : YA ALLAH YA TUHANKU!!! "Sungguh aku mengingat-mu pada malam hari yang hitam pekat,ketika hamparan masa kotor berdebu.Aku berteriak kuat ketika fajar menyinsing sambil tersenyum lebar" Kepada ALLAH jualah ditujukan ucapan - ucapan yang bagus,doa-doa yang ikhlas,teriak-terikan yang benar,deraian air mata dan segala keluh kesah kesedihan. Kepadanya setiap tapak tangan menadah di hujung malam,memohon bantuan,begitu juga setiap mata yang merenung,serta segala permintaan makhluk baharu. Dengan namanya setiap lidah menyebut,meminta tolong,bermohon dan memanggil.Dengan mengingatnya hati akan tenteram dan roh akan damai,serta jiwa menjadi tenang.Urat-urat saraf menjadi lentur,kecerdikan meningkat dan keyakinan menjadi mantap. (sesungguhnya ALLAH maha lemah lembut kepada para hambanya.)

Wednesday, July 25, 2012

Maksud doa-doa harian untuk diamalkan

EDRINA KHALY :- HimPuNAn DoA2 

Dibawah ini dihimpunkan doa harian dalam memperolehi manfaat daripadanya.
 
  • DOA BAGI ANAK YANG BARU LAHIR
Aku mohonkan perlindungan kepadaMu dengan kalimat-kalimat Allah agar terhindar dari godaan-godaan syaitan dan binatang berbisa; dan sorotan mata jalang yang berakibat buruk.
 
  • DOA MAKAN UBAT MOHON DISEMBUHKAN
Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan yang tidak dimudaratkan oleh segala sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui.
 
  • DOA DALAM SEGALA WAKTU TERUTAMA SELEPAS SOLAT
Wahai Allah, sesungguhnya hamba memohon perlindungan pada Tuhan daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan dari amal yang tidak diterima serta dari permohonan yang tidak didengar (dimakbulkan).
 
  • DOA KETIKA MEMULAKAN PEKERJAAN
Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa hanya Allah yang maha tinggi dan Esa.
 
  • DOA MOHON PETUNJUK DAN KEKAYAAN JIWA
Ya Allah, aku mohon kepada engkau petunjuk dan taqwa, iffah (berhati-hati dalam segala hal) dan kekayaan jiwa.
 
  • DOA MENYEMBUHKAN DEMAM
(Jika suhu badan meningkat naik tanpa merasai sejuk, ayat-ayat al quran berikut dibaca)
Katakanlah: Wahai api, jadilah dingin dan selamat untuk Ibrahim.
 
  • MOHON KEBAHAGIAAN SEPANJANG HARI
Wahai Allah, jadikanlah hari kita ini merupakan kebaikan, sedang pertengahannya merupakan kebahagiaan dan penghabisannya merupakan keuntungan.
 
  • DOA UNTUK MENERANGKAN PENGELIHATAN
Ya Nur (dibaca 11 kali setiap hari selepas mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu)
 
  • DOA KETIKA TIMBUL PEMIKIRAN JAHAT
Aku berlindung diri pada Allah dari gangguan syaitan; dan aku berimah kepada Allah dan rasul Nya.
 
  • DOA KETIKA MENEGUK AIR
Ya Allah, berilah kami minum dan berkatilah kami dengan turunnya hujan.
 
  • DOA SEWAKTU MELIHAT KEMUNGKARAN
Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
 
  • DOA KETIKA BERHENTI DI SUATU TEMPAT
Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari bahaya apa yang telah dijadikan.
 
  • DOA KETIKA PULANG DARI PERJALANAN
Ya Allah, kami semuanya kembali, bertaubat, beribadat dan memuji syukur kepada Tuhan kami.
 
  • DOA AGAR TIDAK MEMBANTU ORANG BERDOSA
Musa Berdoa: "Ya Tujhan ku, demi nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku. aku sekali-kali tidak akan menjadi penolong bagi orang-orang yang berdosa.
 
  • TASBIH UNTUK HILANGKAN WAS-WAS
Maha suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang maha kudus, Tuhan yang menjadikan dan yang memperbuat. jika Ia mengkehendaki, dihilangkan Nya dan diganti Nya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi Allah SWT.
 
  • DOA MOHON MIMPI BERTEMU NABI SAW
Ya Allah sumber pancaran Nur, Ya Allah Tuhan yang mengatur semua perkara, Semuga Engkau sampaikan daripadaku salam dan tahiyyat kepada roh Nabi Muhammmad SAW an roh keluarga Nabi Muhammad SAW.
 
  • DOA MOHON DIBERI HIKMAH KEBIJAKSANAAN
Ya Allah, bukakanlah kepada kami hikmat Mu, dan limpahkanlah atas kami rahmat dari perbendaharaan rahmat Mu, Ya Allah Tuhan kami yang maha kasih sayang.
 
  • DOA MOHON DITETAPKAN IMAN
Ya Allah, Tetapkanlah kami dalam agama "Islam" dan peliharalah iman kami.
 
DOA MENGHADAPI MUSUH YANG MENGANCAM DIRI KITA
Cukup aku berpegang kepada Allah dari segala sesuatu, Allah mengalahkan segala sesuatu, tidak terhenti sesuatu kerana perintah Allah, tidak ada daya dan kekuatan, hanya daya dan kekuatan Allah yang maha tinggi dan maha besar.
 
  • DOA BADAN TERASA SAKIT
Ya Allah, Tuhan sekalian manusia , semuga Engkau hilangkan penderitaan ku dan Engkau sembuhkan aku, Ya Allah tuhan yang maha penyembuh. Tidak ada kesembuhan, hanya kesembuhan yang datang dari Engkau, kesembuhan yang tidak berulang lagi. didalam tangan Mu semua kebajikan dan Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
 
  • DOA MOHON DITAMBAH ILMU DAN MUDAH MEMAHAMI
Ya Allah, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku faham dan pengertian yang baik.
 
  • DOA MOHON KEMUDAHAN DALAM BEKERJA DAN BERFIKIR
Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah.
 
  • DOA MOHON DILINDUNGI DARI ORANG JAHAT
Ya Allah Tuhan yang Nur Nya berada dalam rahsia Nya, dan rahsia Nya berada dalam makhluk Nya, lindungilah aku dari pengelihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang hasut dan orang yang zalim, seperti Engkau melindungkan roh manusia dalam tubuhnya, sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
 
  • DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI
Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.
 
  • DOA MOHON DIHILANGKAN RASA TAKUT TERHADAP SYAITAN
Aku berlindung dengan kalimah Tuhan yang maha sempurna daripaga syaitan yang menggoda dan dari pandangan mata yang menyeramkan.
 
  • DOA MOHON KEKUATAN IMAN
Wahai Allah, berikanlah kepada hamba keimanan yang sebenar-benarnya yang tiada kekufuran sesudahnya itu serta merupakan rahmat yang dengannya itu hamba dapat memperoleh kemuliaaan tuhan di dunia dan akhirat.
 
  • DOA DIBUKA DADA UNTUK MENERIMA ILMU DAN DIBERI KAFASIHAN
Ya Allah, Bukakanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan pada lidah agar mereka faham akan perkataan ku.
 
  • UCAPAN KALIMAH TAHMMID SETELAH BANGUN TIDUR
Segala puju bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah dimatikan Nya untuk sementara waktu, dan kepada Nya kami akan kembali.
 
  • DOA KETIKA DATANG MUSIBAH
Ya Allah, berilah ampunan kepadaku dan dia dan ikutkanlah aku bersamanya dengan akibat yang baik.
 
  • DOA JIKA MEMPUNYAI HAJAT YANG BESAR
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu iman yang aku guna untuk mencari kebenaran. Cahaya yang aku jadikan ikutan dan rezeki yang aku cukupkan.
 
  • DOA TOLAK BALA
Puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan kepadaku, dan Ia telah mengutamakan aku dari segala banyak makhluk.
 
  • DOA MINTA MULIAKAN KELUARGA
Ya Allah! berikanlah bagi kami isteri dan anak-anak yang menyenangkan hati dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.
 
  • DOA UNTUK PENGANTIN
Mudah-mudahan Allah memberkati engkau segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikkan.
 
  • DOA KETIKA MEMULAKAN SOLAT
Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada Mu dari bisikan-bisikan syaitan. dan aku berlindung kepada Mu (pula), wahai Tuhan ku dari kedatangan mereka kepadaku.