Saturday, March 22, 2014

Wanita hari ini dan "P"

Assalam... Syukur alhamdulillah hari ni erine masih diberi kesempatan berkongsi kebaikkan dan ilmu serta memperlajari permasaalah yang menjadi mimpi ngeri buat semua wanita termasuk diri erine juga...Period tidak normal...taukah anda disebabkan period tidak normal ni juga memberi kita tekanan emosi yg sangat kuat dan stress, penaikan berat badan dan mcm-mcm lagi. yang paling menyedihkan bagi kita wanita-wanita ni bila teringin nak punya anak...erine paham sangat perasaan ni...coz I BEEN THERE DONE THAT...mcm-mcm impak tekanan akn datang baik dari suami mau pun keluarga mentua...akhirnya retak dipertengahan...Alhamdulillah. So sekarang apa kata kita baca dan fahami apa punca dan kenapa risau sebab haid tidak datang, Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita..so jangan peningkan kepala....tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan...lepas u senyum dan ucap Astarifullahalazim...subahanALLAH dan Alhamdulillah... Stress - adalah Punca utama kebanyakan masalah gangguan kitaran haid atau haid tidak teratur ni dan antara sebab-sebab lain adalah:- Pertambahan atau penggurangan berat badan yang mendadak Terlebih bersenam Pemakanan tidak sihat (atau diet yang terlalu tinggi dalam karbohidrat) Merokok Penggunaan dadah Penggambilan kafein yang tinggi Pengambilan alkohol secara berlebihan (mengganggu fungsi hati dalam metabolisma estrogen dan progesteron) masalah dalam pemakanan (eating disorder) tekanan yang meningkat Sindrom ovari polisistik (PCOS) Rahim tidak normal (fibroid / sista / polip / endometriosis) Ketidakseimbangan hormon ubat-ubatan kimoterapi Breastfeeding Wanita-wanita dengan PCOS menghadapi risiko yang berikut: Hiperplasia endometrium dan kanser endometrium (kanser lapisan uterus) adalah mungkin, akibat penumpukan lapisan uterus yang berketerlaluan, serta juga kekurangan progresteron yang diakibatkan oleh perangsangan sel-sel uterus yang berpanjangan oleh estrogen Kerintangan insulin/Diabetes Jenis II, yang umumnya dianggap sebagai akibat hiperinsulinemia Tekanan darah tinggi Dislipidemia (gangguan metabolisme lipid, iaitu kolesterol dan trigliserida) Penyakit kardiovaskular Tambahan berat Sesetengah data membayangkan bahawa wanita-wanita dengan PCOS mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi. Wanita-wanita tersebut juga mengalami kesusahan untuk mengandung, akibat kitaran-kitaran haid yang tidak tetap serta kekurangan pengovuman. Bagaimanapun, wanita-wanita dengan PCOS boleh mengandung dengan bantuan ubat, khususnya Metformin, serta diet.
SET LENGKAP MENORMALKAN PERIOD DAN SET BUDGET Gla + Esp Soy+ Alfalfa + vita-e + Vita lea Gla complex Meningkatkan kesuburan wanita dan membalancekan hormone serta regulatekan period. Bila period dah ok dinasihatkan jangan stop pengambilan gla…teruskan dan kurangkan dosage dlu biasa amek gla 2 x sehari ..so turunkan dosage ke 1 hari sekali atau pun 2-3 hari sekali…terpulang pada anda. Pati biji Borage, iaitu biji tumbuhan yangg merupakan sumber terkaya bagi Gla semulajadi. Gla juga bagus untuk Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan acid linolenic (sejenis acid lemakyang penting) dengan baik untuk menjadi Gla. Oleh itu pengambilan Gla tambahan dapat meringankan simptom senggugut. ESP SOY. Sihatkan rahim damn mamapu memastikan penyerapan semua supplement yang kita makan ke tahap Optimum. VITA-E Menyihatkna rahim dan sangat bagus untuk hubungan suami isteri. Alfalfa Merawat keputihan dan sangat bagus untuk memantapkan dalaman wanita. Vita-Lea Multivitamin yang sangat penting untuk memastikan organ dalaman (terutama organ Reproduksi) berfungsi dengan lebih baik.

Thursday, March 13, 2014

KEPERCAYAAN TERHAD - GAGAL SELAMANYA

 Kepercayaan diri yang terhad merupakan perkara yang kita percaya bahawa potensi diri ini mempunyai batasan tertentu dalam sesuatu perkara. Kepercayaan terhad ini mungkin terjadi pada diri dalam keadaan kita sedar ataupun tidak sedar. Antara kepercayaan terhad yang seringkali kita dengari ;

“Saya gemuk, tiada siapa yang ingin kahwin dengan saya.”

“Saya tidak mempunyai nasib yang baik (luck), sebab itu saya tidak berjaya.”

“Saya tidak pandai macam dia, sebab itu saya tidak mempunyai pekerjaan.”

Huraian ringkas, untuk pengetahuan kita bahawa faktor fizikal bukanlah penentu jodoh perkahwinan kita. Perkahwinan lebih kepada persefahaman antara dua orang yang bersetuju untuk hidup bersama yang bertukar menjadi ikatan yang halal menerusi pernikahan yang sah. Ia membabitkan hati dan perasaan bukannya fizikal semata-mata.

Nasib (luck), semua orang yang telah dicipta oleh tuhan dengan sebaik-baiknya. Kesemua kita mempunyai kuasa untuk mengubah nasib kehidupan melalui usaha serta tindakan dan insya-Allah nasib kita akan berubah menjadi lebih baik dengan izin dari Allah swt. Ingat usaha dan tindakan yang tidak putus-putus merupakan luck kita yang sebenar.

Manakala yang terakhir menceritakan kelemahan diri dari segi ilmu pengetahuan. Setiap manusia mempunyai otak, jika otak ini dilatih dan dididik dengan ilmu pengetahuan yang betul setiap masa sudah tentu tahap pengetahuan kita akan berubah menjadi lebih produktif. Jangan salahkan otak yang tak pandai, tetapi salahkan diri sendiri yang tak pandai mencari ilmu yang berguna untuk otak ini.

 Bagaimana kepercayaan terhad ini terjadi?

Cara kita berfikir dan kepercayaan yang kita percaya mewarnakan visi dan pandangan kita terhadap dunia. Dua perkara ini yang menentukan tindakan yang akan diambil oleh diri kita. Pemikiran mempengaruhi perasaan manakala perasaan mempengaruhi tingkahlaku. Proses ini akan sentiasa berulang-ulang melalui apa yang dif.

petikkan dri kata semangat Dr Azizan Osman.

Saturday, March 8, 2014

ya ALLAH ampunilah aku

Bismillah...

Dear diary...aku selalu tertanya knapa kesudahan nasibku selalu berakhir begini...adakah kerana dosa² lampau ku ?? ...klau aku yg bersalah ampuni aku ya ALLAH...kerana aku gagal dlm mempertahankan segalanya...knapa aku xdpt bahagia seperti org lain bahagia??...knapa hanya seketika???...aku redha dgn ketentuan ALLAH...aku terima qadla & qadar perjalanan hidupku jdi begini...aku redha smua ni dan belajar menerima semua ni kerana ALLAH SWT...
Aku kehilangan lg separuh jiwaku...walaupun berat tuk aku lepaskan dan ku telan aku pasrah Dan aku redha...aku kehilangan bahu untuk aku bermanja...aku kehilangan tangan tak aku cium memohon restu....aku kehilangan teman tuk aku bercerita...aku kehilangan imam tuk aku berjemaah...dan aku kehilangan org yg dpt membimbing aku didunia Dan akhirat....ya ALLAH sungguh berat rasa hati ini menanggung segala²nya apa lg disaat aku kehilangan segala²nya...ALLAHhuakbar....subahanALLAH...
ABAH....ampunkan ein abah kerana gagal menjadi anak yg baik ...ya ALLAH aku rindu pada aruwah ayahku ya ALLAH...teramat rinduuuu...al-fatihah...
Walau apa pun aku tetap bersyukur sepanjangan perjalanan ni banyak yg aku perlajari mengenali erti cinta pada ALLAH Dan cinta pada manusia....tidak perlu tuk aku buktikan Dan xperlu tuk aku ungkaikan pd sesiapa...cukup hanya ALLAH swt yg tau...mungkin ini yg terbaik buatku yg telah diaturkan olehya....dia lebih mengetahui APA yg terbaik buatku...inilah ujian untukku...terima kasih ya ALLAH ya RAHMAN ya RAHIM...setiap diatas xkan selamanya akn berada diatas...Dan setiap yg dibawah xkan selamanya akn berada dibawah...aku percaya pada KIFARAH ...aku percaya jaminan ALLAH itu benar..Dan akupercaya.setiap kejadian pasti ada hikmahnya adalah benar...banyak yg aku pelajari dri smua ni...Dan aku xtakut untuk bangkit Dan mengharungi smua ni...kerana aku tau I NEVER WALK ALONE...ALLAH SWT sentiasa ada bersamaku...terima kasih kerana membenarkan aku menumpang kasih...terima kasih atas segala jasa Dan budi baik selama 2 tahun menjaga aku Dan anak...terima kasih diatas sebab² yg membuatkan aku terus kuat ...terima kasih diatas pengenalan yg pahit dan manis...terima kasih atas segala²nya....Dan terima kasih kerana membukakan mataku tuk mengenali erti sebuah kehidupan....
Ya ALLAH....ampunilah segala dosa²ku terhadapnya...dosa² kepada kedua ibu bapaku...dosa² kepada adik beradikku...dosa² terhadap masa lampauku...dosa² terhadap anakku...Dan dosa² terhadap kawanku...maafkan aku kerana aku xsempurna yg kau inginkan...amin yra